Wednesday, June 1, 2011

pilihan bijak untuk HAVERSACK

INFO.ZONE.INFO.ZONE :


"Memilih Haversack Yang Terbaik" 

Ianya mestilah sesuai dengan bahagian belakang kita yang dikenali sebagai ‘Torso’. Untuk menentukan ukuran torso, anda perlulah berdiri tegak di mana kaki haruslah dibuka selaras dengan luas bahu. Minta rakan anda mengukur menggunakan tap ukur bermula dari vertebra ke tujuh (tulang yang berada di bahagian bawah sekali di bahagian tengkuk biasanya terbonjol). Dari situ ukur hingga ke bawah mengikut kontur tulang belakang. Untuk mencari titik akhir anda perlulah meletakkan kedua belah tangan anda di bahagian pinggul dengan ibu jari menghala satu sama lain. Garisan di antara ibu jari tadilah yang akan menandakan penghujung torso anda. Amnya jika ukuran torso anda di bawah 46 cm (18 inci), anda adalah bersaiz kecil. 46 – 51cm (18-20 inci) adalah sederhana dan sekiranya lebih 51cm (20 inci) adalah besar.

Selepas selesai menentukan saiz dan model yang diperlukan untuk memenuhi kehendak anda. Pastikan anda pergi ke mana-mana kedai yang menjual alatan outdoor dan timbangkan ia. Anda perlu mengisi pemberat 9kg (20 paun) untuk menjadikan ia mantap di belakang anda.

Tali pinggang mestilah berada di pinggul anda, bukan di pinggang anda. Jika ianya terlalu rendah ia akan menganggu pergerakan kaki ketika berjalan ke hadapan. Jika ianya terlalu tinggi pula anda akan mengakibatkan beban akan tertumpu di bahagian bahu. Pelindung alas pada talipinggang seharusnya membaluti di bahagian depan tulang pinggul, tetapi tidaklah begitu tepat di hadapan.

Tempat di mana pengalas bahu bersambung dengan beg seharusnya berada di bahagian bawah bahagian tertinggi bahu anda, ianya menyediakan balutan sesuai tanpa ada ruang di antaranya. Kedudukan pengalas juga haruslah selesa tanpa menganggu pergerakan tangan anda dan tidak merasa sempit di bahagian ketiak.
Untuk pengetahuan anda beg galas ini juga dilengkapi dengan pengalas-pengalas dan juga bahagian yang boleh diubahalihkan bagi memastikan keselesaan anda ketika memakainya.

Adalah bijak sekiranya anda mendapatkan khimat nasihat dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan terutamanya di dalam kelab-kelab dan pertubuhan trekking.

artikal from Azmanzainal.com

No comments:

Post a Comment