Wednesday, June 1, 2011

susun atur barang2 dalam HAVERSACK!

INFO.ZONE.INFO.ZONE :


" Menyusun Barang Ke Dalam Haversack"

Susunan barang-barang ke dalam haversack adalah sangat penting bagi mengelakkan beg terasa berat dan tidak stabil. 

Beg yang tidak disusun secara betul di dalamnya boleh menyebabkan seseorang itu cepat penat, mudah cedera, kehabisan tenaga yang banyak dan peredaran darah yang tidak betul lebih-lebih lagi jika trip atau perjalanan membawa haversack tersebut panjang dan memakan masa yang lama.

Sedikit panduan yang boleh digunakan bagi menyusun barangan ke dalam haversack anda:-

1. Susun barang yang paling berat di atas dan sebolehnya hampir dengan bahagian belakang.

2. Beg tidur (Sleeping bag) selalunya di susun di bahagian bawah, kemudian diikuti dengan pakaian, makanan dan khemah.

3. Jika anda mempunyai beg kerangka dalam pastikan tiada benda tajam yang tertonjol di bahagian belakang anda.

4. Simpan tabung gas dan botol air di luar bagi mengurangkan selerak jika terdapat tumpahan dan sebagainya.

5. Simpan barang seperti alatan hujan, alas beg, beg air di dalam poket luar, kerana barang ini mungkin akan basah, Jadi anda haruslah memastikan ianya sentiasa kering.

6. Jika perlu, ada sesetengah barang yang boleh di simpan di luar beg.

7. Pastikan jika barang itu berat pastikan ianya tidak menghayun ketika anda berjalan kerana ianya boleh menyebabkan anda hilang keseimbangan. Ini boleh menganggu kelancaran pergerakan dan boleh mengakibatkan anda terjatuh dan sebagainya.

8. Susunan beg anda seharusnya mempunya berat antara 1/5 hingga 1/4 dari berat badan anda.

9. Gunakan alas beg untuk mempastikan beg anda tidak basah ketika hujan.

10. Lindungi barang dalam beg anda dengan membalutnya dengan plastik kalis air. 
Juga tidak ketinggalan bawalah beg plastik sampah lebih kerana anda memerlukannya untuk memastikan barang anda kering.



artikal from Azmanzainal.com

No comments:

Post a Comment